Gambar :Pakaian adat Kerajaan Negeri Sembilan Malaysia |
Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Datuk Ketumanggungan adalah gelar seorang tokoh legendaris penyusun kelarasan/adat Minangkabau. Kedua orang ini adalah kakak beradik. Datuk Perpatih Nan Sebatang lahir dari pasangan Cati Bilang Pandai dan Puti Indo Jelita. Dia bersaudara dengan Datuk Ketumanggungan yang satu ibu tetapi lain ayah.
Sistem adat yang disusun Datuak Parpatiah Nan Sabatang ini dikenal juga dengan nama kelarasan Bodi Caniago sedangkan di Malaysia dikeanal dengan adat Perpatih.
Sedangkan sistem adat yang disusun Datuk Ketumanggungan dikenal dengan nama kelarasan Koto Piliang. Sedangkan di Malaysia dan Singapura, sistem ini dikenal sebagai Adat Temenggong.
Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal Minangkabau dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih).
Adat Temenggung diamalkan di semua negara bagian Malaysia kecuali Negeri Sembilan dan Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Perpatih. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, aturan hidup adat istiadat dan hidup bermasyarakat Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad 15 M dan Kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh Undang-undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang di Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie.
Sementara Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning. Semua undang-undang Adat Perpatih kecuali undang-undang Sungai Ujong diwarisi secara turun-temurun.